Ahad, 29 Mac 2009

cuba teka???

gadis ayu.....cuba menggoda..hehe...x tergoda ke?dah meleleh tu....kihkih
cuba teka siapa saye....agak2 sape ek?? kalo tepat dpt hadiah.....jgn lpskan peluang keemasan ni heheh....

bersua kembali.....

assalamualaikum semua.....sudah lama sepi tanpa bicara hehe blog ni dh bersawang....dek kesibukan n kesihatan yg tak mengizinkan...berkampung kat umh jaddah danish...minggu ni baru ade kat umh....so boleh laa layaz tenet...hope kengkawan blogger seme siht senantiasa...

mm..x tau nak citer ape dah lama sgt besawang...jari jemari pun dah jadi kaku...tak tau ape yg hendak ditulis....mmm masuk ni dah 2 bulan duk umh jd suri rumah sepenuh mase heheh...dah lama terperap kat umh keboringan terasa gak tp jap2 je heheh....bukan tak nak keje tp buat mase ni kesihatan tak mengizinkan heheh....hope paham2 ek....

okayy ar nak g amik nasi goreng tuk danish jap...pantang tgk mama duk depan ni je macm2 permintaan dia....danish pun dah terikut2 mcm mama jgk jap2 lapo je..buat mase ni keje bina badan jee uwaaaa.....heheh ok yer c u.....

Khamis, 5 Mac 2009

sekadar renungan....

Isu Khas

Bagaimana melahirkan & mendidik anak-anak genius


Melahirkan anak-anak cerdik dan pintar Sememangnya menjadi harapan setiap ibu bapa, apatah lagi melahirkan anak-anak genius. Apa saja sanggup dikorbankan termasuklah wang ringgit ataupun masa, asalkan impian untuk mendapat anak pintar dan cerdik ini menjadi kenyataan.

Sebut sahaja anak-anak genius, secara tidak langsung pasti ramai yang terfikir mengenai si genius Matematik, Adik Adi Putra Abdul Ghani, contoh terdekat yang tidak berapa lama dulu menjadi fenomena yang mengagumkan ramai ibu bapa.

Tetapi yang istimewanya bagi anak genius ini, bukanlah terletak pada wang ringgit tetapi apa yang penting adalah pengetahuan yang melebihi dari kebiasaan rakan-rakan sebayanya, malah melampaui kebiasaan akal fikiran yang lebih dewasa daripada mereka. Menurut pakar kanak-kanak terkemuka, Dr. Thomas Armstrong, kepandaian bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti, tetapi ia perlu diasah, dijaga serta diberikan pemantauan berterusan.

Ini kerana, bukan semua kanak-kanak bertuah dianugerahkan dengan kebijaksanaan dan IQ yang tinggi. Jika ia tidak dimanfaatkan dengan betul mereka sendiri akan merana dan ia menjadi satu kerugian yang amat besar. Sebenarnya, mereka yang dikategorikan sebagai genius ini biasanya mempunyai tahap IQ melebihi 175, sentiasa kreatif dan boleh berfikir lebih jauh daripada kemampuan manusia biasa. Mereka inilah yang sentiasa menjadi perhatian dan role model kepada anak-anak yang lain, dan tak kurang juga ibu bapa yang mengimpikan anak-anak sebijak itu. Ikuti beberapa pandangan dan pendapat bagaimana ibu bapa boleh memanfaatkan peluang melahirkan dan mendidik anak-anak genius ini.

Tip-tip berguna daripada pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah juga mungkin boleh membantu ibu bapa yang ingin memulai mengamalkannya.


Beri makanan yang berkhasiat
“Bagi saya, pemakanan ibu semasa mengandung banyak mempengaruhi perkembangan minda anak di dalam kandungan. Walaupun tidak dilihat secara zahir namun banyak pendapat serta kajian yang mengakui ketepatan teori ini. Masa mengandung dulu, saya banyak minum air kacang soya, susu tepung di samping buah-buahan serta sayur hijau.

Berdasarkan apa yang saya fahami, kesemua makanan tersebut memang bagus untuk membentuk janin yang baik sekali gus menggalakkan perkembangan minda anak. Dalam pada itu, saya juga kerap membaca ayat-ayat Kursi terutamanya selepas solat di samping berdoa moga anak yang bakal lahir nanti menjadi insan yang soleh, pandai serta berjaya di dunia dan akhirat,” jelas Nor Azzawani Radzuan ceria.

Mempunyai seorang cahaya mata, dia sentiasa menitikberatkan cara interaksi yang betul di samping memberikan lebih perhatian kepada buah hati tercinta meskipun sibuk dengan kerja. Selain memberi bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan, wanita ini juga memberi anaknya coklat dalam kuantiti yang terkawal kerana ia sememangnya bagus untuk otak.


Jangan makan makanan dari sumber yang haram
Dalam membentuk anak genius, Zalena Kassim, ada pendapatnya sendiri. Katanya, sebaik sahaja seorang wanita itu di sahkan mengandung maka dia perlu memulakan kehidupannya dengan amalan pemakanan yang halal, bersih dan berzat. Ini penting bagi memastikan tumbesaran anak-anak sentiasa di tahap yang membanggakan tak kiralah dari aspek mental, fizikal atau akhlaknya sendiri.

“Ibu bapa harus sentiasa berdoa moga zuriat yang dilahirkan itu menjadi insan yang sihat dan cemerlang. Elakkan dari mengambil makanan dari sumber yang haram, kotor dan tidak berzat kerana ia mampu merencatkan sekali gus meninggalkan kesan negatif dalam diri anak tersebut.

Contohi resam bangsa Yahudi yang gemar sekali mengambil kacang badam, kurma serta susu ketika mengetahui diri berbadan dua. Manakala untuk menu tengah hari pula, mereka biasanya akan makan roti berserta ikan tanpa kepala di mana ia kemudiannya akan digaul dengan salad, badam serta pelbagai jenis kekacang bagi memberikan lebih tenaga,” katanya penuh semangat.


Tip Melahirkan Anak Cemerlang
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Melalui seminar-seminar yang dijalankan oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, dalam melahirkan anak-anak genius, petua-petua berikut boleh diamalkan sejak anak-anak masih kecil lagi. Contohnya, bagi anak-anak yang masih bayi, tidurkan anakanak secara mengiring ke kanan. Ini kerana, jantung yang terletak di sebelah kiri akan berasa lebih lapang dan lega seterusnya lebih mudah untuk berdegup.

Apabila jantung lebih mudah berdegup, perjalanan darah lebih lancar dan otak anak akan lebih mudah dibentuk dengan baik. Bagi anak-anak yang hiperaktif atau mungkin kurang, disarankan agar ibu bapa tidak memakaikan mereka dengan pakaian berwarna jingga atau oren kerana ia boleh merangsang tindak tanduk anak-anak menjadi lebih aktif lagi. Bimbang nanti mereka akan menjadi lebih aktif dan sukar dikawal. Antara tip lain adalah:

• Sebaiknya didik anak-anak mengikut tahap intelektual serta usia mereka.

• Kenal pasti kecenderungan mereka dan pupuk minat itu hingga berjaya

• Jana keyakinan dan ketabahan diri mereka

• Rangsang kecerdasan minda anakanak dengan amalan pemakanan yang seimbang