Sabtu, 1 September 2007

Bincang puasa.

soalan : Adakah harus bagi seseorang yang berpuasa untuk mandi laut?Adakah dengan mandi laut akan menyebabkan puasa seseorang itu terbatal?

Jawapan : Sheikh Husnain Mohd Makhluf .

Mandi dilaut atau mandi air biasa untuk menyejukan badan ataupun berkelubung mengunakan kain yang basah tidak membatalkan puasa,meskipun ia dapat merasakan kesejukan air tersebut pada dalaman badanya.

Imam Abu Yusof telah memfatwakan membasahkan diri dgn air sewaktu berpuasa tidak makruh bersandarkan apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Nabi S.A.W pernah mencurahkan air keatas kepalanya walhal nabi dalam keadaan berpuasa menahan dahaga dan kepanasan.

Ibnu Umar juga pernah membasahkan kainya dan berselubung dengan mengunakan kain tersebut,dan beliau berpuasa pada waktu itu, kerana perkara tersebut akan mendatangkan kesenangan dalam menunaikan puasa dan dapat menolak kepayahan yang tabi'i.

Sekiranya air itu memasuki kedalam tubuh melalui liang-liang rongga ia tidak memberikan apa-apa kesan terhadap puasa seseorang,ini kerana ia hanya akan terbatal sekiranya air memasuki melalui saluran-saluran(mulut,hidung dan yang sewaktu dgnya) sahaja.

Imam Abu hanifah telah memakruhkan perkara tersebut kerana ia menzahirkan kelemahan dalam mengibaratkan kelemahan itu bukan kerana ia membatalkan.

sumber Hadieislam.

Insan yang dhoif klu salah tolong betulkan..semoga dapat manfaat kepada semua muslimin dan muslimat didunia dan akhirat.

Tiada ulasan: